Tempatan

Selepas Menu Rahmah, Kerajaan Perkenal Menu RM2

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Mac 2023 – Kerajaan melalui program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) menyasarkan penjualan makanan siap seperti sarapan pagi dan makanan tengah hari pada harga RM2.

“IPR menyasarkan menjual makanan siap seperti sarapan dan makanan tengahari pada harga serendah RM2 di samping membuka peluang kepada rakyat menjual makanan siap untuk menambah pendapatan,” kata Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli.

BACA JUGA: Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Untuk 4 Negeri Sehingga Esok

BACA JUGA: Johor Kembali Banjir

BACA JUGA: “Sangatlah Hina Arak Dijulang Tetapi Sejarah & Budaya Dipandang Hina” – Aminuddin Yahaya

Matlamat IPR adalah berkonsepkan strategi serampang dua mata dengan menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 menerusi kegiatan-kegiatan ekonomi yang telah dikenal pasti oleh Kementerian Ekonomi.

IPR akan mempunyai beberapa komponen seperti Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) dan Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN).

Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) akan melibatkan rakyat dalam aktiviti pertanian, Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) memberikan peluang rakyat menjana pendapatan tambahan menerusi penjualan makanan siap manakala Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) pula memberikan platform kepada rakyat yang berkemahiran dalam penyelenggaraan dan perkhidmatan untuk terlibat terus dalam aktiviti operator perkhidmatan.

“IPR akan melibatkan golongan peniaga, profesional, sukarelawan, sektor awam dan swasta.”

“Untuk mengetahui lebih lanjut tentang IPR dan cara-cara memohon, golongan yang layak boleh melayari laman web IPR https://ipr.epu.gov.my/about,” kata Rafizi Ramli lagi dalam Facebooknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: