Tempatan

Fatwa Sesat SIS: Mahkamah Tetapkan 21 Ogos Dengar Permohonan Rayuan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 01 Jun 2023 – Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Ogos ini bagi permohonan terakhir Sister in Islam (SIS) bagi membatalkan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Selangor yang mengisytiharkan organisasi tersebut sebagai menyeleweng dari ajaran Islam.

Menurut peguam yang mewakili jawatankuasa fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) semalam, Majdah Muda, tarikh tersebut ditetapkan semasa pengurusan kes awal bulan ini.

BACA JUGA: GEMPAR! Penyelidik Temui Rangka Manusia Prasejarah Di Gua Musang

BACA JUGA: Ringgit Lemah: Harga Ubat-Ubatan Dijangka Bakal Naik

BACA JUGA: Solat Hajat Berikutan Cuaca Panas Diadakan Hari Ini

Pada Mac lalu, Mahkamah Rayuan dengan majoriti 2-1 menolak rayuan SIS Forum terhadap fatwa pemikiran liberalisme dan pluralisme yang dibuat oleh jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.

Hal ini kerana, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa fatwa yang disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor itu bukanlah keputusan muktamad dan ia tidak boleh dicabar melalui permohonan semakan kehakiman.

Pihak Mahkamah Rayuan turut memutuskan bahawa rayuan daripada kumpulan hak asasi wanita itu untuk mencabar fatwa yang dikenakan terhadap mereka sebagai tiada merit.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: