Tempatan

Isu Tapak Masjid N9 Untuk Kuil Hindu, Naib Ketua UMNO Tampin Bersuara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

TAMPIN, 19 September 2021 – “Tolong hormati agama kami. Kami mohon sokongan semua umat Islam di Tampin, Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia bagi membantah cadangan pembinaan kuil Hindu di tapak pembinaan Masjid Taman Indah Baru,” ujar Naib Ketua UMNO Bahagian Tampin, Shamsul Yahaya.

Beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Surau Taman Indah Baru dan Jawatankuasa Persatuan Kebajikan Penduduk Islam Taman Indah yang menghantar memorandum bantahan kepada ADUN Kawasan Repah N36, YB Tuan Veerapan A/L Superamaniam merangkap Exco Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Menurutnya, jawatankuasa telah sepakat membuat bantahan terhadap sebarang usaha menceroboh, menukar hak milik, apatah lagi membina kuil di tanah yang telah diwartakan sebagai tapak pembinaan Masjid Taman Indah Baru, hak milik Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Ujarnya, ini bukan soal rasis, tidak bertoleransi atau tidak menghormati agama lain.

“Kami cuma bersepakat mempertahankan hak dan kesucian Islam supaya tiada pihak mengambil kesempatan ke atas sesuatu yang nyata dan jelas milik umat Islam secara sewenang-wenangnya.”

Selain surat bantahan daripada Jawatankuasa Surau dan PKPITI Baru turut disertakan juga tandatangan seramai 475 orang penduduk sekitar Taman Indah, Taman Bandar Utama Tampin dan Taman Clonlee bagi menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap pencerobohan itu.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button