Hormat Islam, Datuk Bandar Cologne Benar Laung Azan
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
BERLIN, 16 Oktober 2021 – 35 masjid di Cologne termasuk masjid terbesar di Jerman kini dibenar untuk melaungkan azan menggunakan pembesar suara untuk solat Jumaat.
Pengumuman ini dibuat oleh Datuk Bandar Cologne, Henriette Reker selepas satu persetujuan dicapai antara perbandaran Cologne dengan komuniti Islam di situ.
“Ramai penduduk Cologne beragama Islam, pada pandangan saya, ini adalah tanda hormat membenarkan laungan azan.”
“Ini menunjukkan bahawa kepelbagaian dihargai dan dihayati di Cologne,” ujar beliau menerusi ciapan di laman Twitter.
“Sesiapa yang meragui perkara ini bererti dia telah mempersoalkan identiti Cologne dan kehidupan bersama kita yang aman,” tambah Henriette Reker.
Inisiatif selama dua tahun itu akan membenarkan laungan azan ketika solat Jumaat.
Di Malaysia pula, seorang ahli jawatankuasa perumahan di Puncak Alam, Shah Alam bertindak memasuki surau tanpa kebenaran untuk membuat pemeriksaan kelantangan pembesar suara yang digunakan.
Lelaki bukan Islam itu mendakwa mendapat aduan daripada penduduk bukan beragama Islam yang laungan azan Subuh tersebut mengganggu waktu tidur mereka.