Antarabangsa

Homoseksual ‘Penyakit Minda’, Haram – Duta Piala Dunia Qatar

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERMAN, 09 November 2022 – Duta bagi Piala Dunia Qatar telah menyifatkan homoseksual sebagai sejenis ‘penyakit minda’. Kenyataan tersebut dikeluarkan semasa sesi temubual di sebuah saluran televisyen Jerman.

Menurut bekas pemain bola sepak antarabangsa yang kini duta bagi Piala Dunia Qatar, Khalid Salman, pengunjung yang berorientasikan seks sejenis boleh melawat Qatar namun “mereka mesti mengikut undang-undang kami”.

Pada sesi yang sama beliau turut menyatakan bahawa homoseksual adalah perkara yang haram di sisi agama Islam. Kenyataan beliau ini telah menyebabkan sesi temubual tersebut terhenti secara mengejut.

Kenyataan-kenyataan Salman telah mengundang kritikan di Eropah, kurang dua minggu sebelum bermulanya acara piala dunia di Qatar.

Qatar sebelum ini telahpun menerima kritikan disebabkan rekod berkenaan hak asasi manusia, termasuklah isu-isu berkenaan pekerja asing, pendirian negara tersebut mengenai hak wanita serta hak-hak berkenaan LGBTQ.

Menteri Dalam Negeri Jerman, Nancy Faeser pada Selasa lalu telah mengulas komen Salman dengan berkata,

“Tingkah laku dasar orang yang homofobia”.

Manakala kumpulan pemerhati, The Human Rights Watch pula telah membuat tuduhan ke atas Qatar dengan mendakwa negara tersebut menahan serta mendera orang-orang LGBTQ di negara tersebut namun tuduhan tersebut telah bersungguh-sungguh dinafikan oleh negara Timur Tengah itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: