Antarabangsa

Hizbullah Mungkin Serang Israel Beberapa Hari Lagi – Media

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABTU, 10 Ogos 2024 – Media CNN telah melaporkan bahawa Hizbullah berkemungkinan akan melancarkan serangannya yang tersendiri terhadap Israel sebelum Iran melakukan tindakan sedemikian.

Perkara tersebut menurut CNN, adalah hasil dapatan maklumat daripada sumber-sumber yang arif terhadap perkara itu.

Pergerakan Islamis yang berasal dari Lubnan itu dan juga Iran telah membuat ugutan terhadap entiti haram Israel berikutan kejadian pembunuhan pemimpin politik Hamas, Ismail Haniyeh pada minggu lalu.

CNN dalam kenyataannya turut menyatakan bahawa Hizbullah bertindak dengan lebih pantas daripada Iran daripada sudut perancangan dan berkemungkinan akan menyerang Israel dalam beberapa hari akan datang.

Manakala Iran pula, menurut sumber yang sama, kelihatan masih lagi mencari jalan tentang bagaimana untuk melakukan tindak balas terhadap pembunuhan Haniyeh yang berlaku di negara mereka.

Pada Julai lalu, Israel telah mendakwa bahawa mereka telah berjaya membunuh komandan tertinggi tentera Hizbullah, Fu’ad Shukr di Beirut. Namun berkenaan pembunuhan Haniyeh, Israel sama sekali tidak membuat sebarang kenyataan pengakuan mahupun penafian.

Namun entiti haram tersebut dipercayai sebagai dalang di sebalik pembunuhan pemimpin politik Hamas itu. Israel juga pernah membuat ugutan untuk menghapuskan kepimpinan Hamas sebelum ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: