Antarabangsa

CEMAS! Gunung Berapi Chaparrastique Meletus Muntahkan Abu Tebal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

CHAPARRASTIQUE, 29 November 2022 – Gunung berapi Chaparrastique di San Miguel pada Ahad lalu meletus dengan memuntahkan batuan, kepulan abu, wap dan gas setinggi 1,100 meter daripada kawah, menurut laporan dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di El Salvador.

Memetik kepada laporan itu, aktiviti gunung berapi itu kini berada di tahap satu Indeks Letupan Gunung Berapi (VEI).

Agensi Perlindungan Awam turut mengeluarkan amaran hijau (perhatian kepada kemungkinan ancaman) untuk majlis perbandaran Chinameca, San Rafael Oriente dan San Jorge di San Miguel.

Susulan letusan itu, pihak agensi telah menubuhkan zon pengecualian di mana penduduk dilarang mendekati kawah dari jarak tiga kilometer serta aktiviti pelancongan dan pertanian turut dihadkan dalam jarak enam kilometer dari kawah.

Malah, pihak agensi turut mengesyorkan pemakaian topeng muka buat mereka yang berada dalam zon enam kilometer tersebut.

Sementara itu, pusat perlindungan turut diaktifkan sekiranya pemindahan diperlukan.

Justeru, laporan itu menyarankan agar penduduk mengikuti laman web Agensi Perlindungan Awam, Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli serta media sosial untuk perkembangan terkini.

Penduduk turut diingatkan untuk menyediakan kit bekalan kecemasan termasuklah perlindungan untuk mata dan pernafasan sekiranya berlaku kerengsaan bawaan udara.

Untuk rekod, gunung berapi yang berketinggian 2,130 meter ini merupakan antara enam gunung berapi teraktif di El Salvador.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: