Tempatan

PrEP Percuma KKM: Program Perubatan Harus Berpandukan Sains – MAF

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Disember 2022 – Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman menyatakan bahawa program perubatan harus berpandukan kepada sains.

“Dari segi program-program perubatan, saya rasa kita harus berpandukan kepada sains. Ini telah ditunjukkan dengan program pertukaran jarum dan juga methadone.”

Look back in history. Semasa kita nak implement harm reduction programme, iaitu program pertukaran jarum dan methadone. Bantahan dari sesetengah golongan dan public sangat hebat pada masa itu. Rasional bantahan itu: ini menggalakkan penggunaan dadah, ini bukan budaya Malaysia, ini bercanggah dengan ugama kita,” katanya sewaktu dalam program Wacana Sinar “PrEP: Tanggungjawab, Pencegahan Penyakit HIV” yang disiarkan baru-baru ini.

Ujarnya lagi, walaupun mendapat bantahan yang cukup kuat pada masa itu untuk melaksanakan program pertukaran jarum untuk penagih dadah, tetapi Kementerian Kesihatan bertegas untuk melakukannya.

“Sanggupkah kita melihat 6,000 rakyat Malaysia yang kebanyakannya orang Islam, kaum Melayu dijangkiti HIV dan dipendekkan umur oleh kerana kita tidak mahu menggunakan satu kaedah yang telah dibuktikan di seluruh dunia?” soalnya.

Mengulas lanjut, Profesor Datuk Dr Adeeba memaklumkan bahawa program untuk penagih dadah yang telah berlangsung sejak 2005 itu berjaya apabila daripada 6,000 dijangkiti setiap tahun, sekarang mereka yang dijangkiti HIV, oleh kerana menggunakan jarum hanya 300 orang setahun.

Kerana itulah beliau tetap dengan pendirian bahawa dalam polisi perubatan terutamanya, kita harus berpandukan kepada bukti dan Sains.

Dalam wacana sama, Setiausaha Akademi Fiqh Islam Malaysia (AFHAM), Profesor Dr Irwan Mohd Subri menegaskan, dalam isu pemberian PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis), tidak ada masalah jika ubat itu diberi kepada pasangan suami isteri di mana suaminya menghidap HIV.

Akan tetapi, apabila hendak dipanjangkan pasangan yang homoseksual dan sebagainya, ini menimbulkan sedikit isu.

Justeru, mufti adalah pihak yang berautoriti untuk menjawab persoalan ini, tegas beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: