Tempatan

Hina ‘Takbir’ & Agong, Netizen Kecam Fahmi Reza

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 04 Jun 2021 – @akirawani87 “Dah umum kilang arak kena tutup. So this is not relevant anymore. And kalau “Takebeer” nak menganjing kalimah “Takbir”, maka ketahuilah “Takbir” adalah kalimah yang bermaksud untuk membesarkan keagungan ALLAH. Kamu bukan bermain dengan perkataan semata-mata.”

Ini merupakan antara salah satu satu komen pengguna Twitter terhadap karya satira pereka grafik kontroversi, Fahmi Reza baru-baru ini.

Karya satira yang dimuat naik pada 01 Jun 2021 di Twitter @kuasasiswa itu memaparkan grafik dua buah tin minuman yang dilagakan; satu tin minuman arak Carslberg dan satu tin lagi memaparkan logo parti PAS berserta kapsyen “Takebeer!”.

Menurut @nisa_12389, seseorang tidak sepatutnya mempermainkan sesuatu yang berkaitan dengan agama. Namun, dia tidak terkejut perkara ini datang daripada Fahmi Reza.

“Apabila hati sudah hitam. Anything yang related dengan agama tak perlulah nak permain-mainkan. Well, tapi kalau benda ini datang dari seorang makhluk yang bernama Fahmi Reza aku tak terkejut pun.”

 

Bagi @nikshahnazran, tiada guna berseni namun tiada adab.

“Berseni tapi tak beradab apa guna dari dulu kau guna seni untuk kecam orang sekarang Allah tunjuk sifat sebenar kau. Memalukan.”

 

@muiizamin_  juga sependapat dengan @nikshahnazran.

“Rugi ada bakat editing… RUGI!!! Rugi usia yang meningkat tapi buat perkara sia-sia…RUGI!!!

 

Dan @bibiayaang pula berkata, “Ye doh aku fikir benda sama. Sayangnya salah guna bakat yang ada. Bakat tu patutnya boleh jadi sumber rezeki dia tapi sekarang dah jadi saham dosa dia? Sayang doh.”

 

Fahmi Reza yang juga merupakan seorang aktivis sebelum ini pernah ditahan reman kerana menghina Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah dengan karya satira This Is Dengki Ke selain memuat naik koleksi lagu di @AppleMusic berjudul This Is Dengki Ke?

Terbaharu, Fahmi Reza sekali lagi menggemparkan warga media sosial dengan karya satira memerli pihak JAKIM sekaligus menghentam institusi beraja.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan, seseorang yang menggunakan sesuatu perkataan yang merujuk kepada hal-hal berkaitan agama Islam tidak boleh dibuat bahan gurauan kerana bimbang ianya boleh merosakkan akidah.

Malah, perbuatan mempermainkan istilah agama ini tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang beragama Islam.

Berikutan itu, Datuk Seri Dr Abdul Rahman berkata, sesiapa yang mempermainkan agama boleh dikenakan tindakan undang-undang.

 

Leave a Reply

Back to top button