Antarabangsa

Hina Nabi Muhammad: Pakistan Perketat Hukuman, Maksimum Penjara Seumur Hidup

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PAKISTAN, 09 Ogos 2023 – Senat Pakistan telah meluluskan undang-undang yang memperketatkan hukuman bagi individu yang menghina Nabi Muhammad, isteri, ahli keluarga serta sahabat Baginda SAW.

Lapor media antarabangsa, Senator Mushtaq Ahmad Khan, penggerak RUU itu berkata, undang-undang baru tersebut hanya meliputi hukuman kerana tidak menghormati tokoh-tokoh yang disebutkan.

BACA JUGA: ‘Konsert LGBT’: The 1975 Diberi Notis Tuntutan Bayar RM12.3 Juta Dalam 7 Hari – Peguam

BACA JUGA: Tiada Cuti Khas Di Pulau Pinang 12 Ogos Ini

BACA JUGA: Tragedi Tanah Runtuh: Nak Tunggu Ada Kematian Baru Ambil Tindakan?

Bagaimanapun, menurutnya, hukuman mati bagi kata-kata berupa cercaan atau nista yang menghina Tuhan (blasphemy) kekal tidak berubah di bawah Kanun Keseksaan Pakistan.

Mengulas lanjut, sebelum ini tempoh maksimum hukuman penjara ialah selama tiga tahun namun Dewan Negara telah mencadangkan hukuman penjara minimum selama 10 tahun dan maksimum penjara seumur hidup, serta denda satu juta rupee bagi kesalahan menghina junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: