Antarabangsa

Hina Monarki, Lelaki Dipenjarakan 28 Tahun Di Thailand

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTokYouTubeTelegramTwitterInstagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 27 Januari 2023 – Mahkamah Tinggi Thailand menjatuhkan hukuman penjara 28 tahun ke atas seorang lelaki kerana menghina monarki.

Mahkamah di bandar utara Chiang Rai mendapati Mongkol Tirakote yang juga seorang penjual pakaian dalam talian serta aktivis didapati bersalah dalam dua kes fitnah diraja yang berasingan.

Mongkol juga menghadapi pertuduhan fitnah diraja ketiga yang berasingan menerusi hantarannya dalam talian pada tahun lalu dan akan kembali ke mahkamah Mac ini.

BACA JUGA: Tragedi Kanjuruhan: Terdakwa Mengaku Arah Anak Buah Tembak Gas Pemedih Mata

BACA JUGA: Crackhouse: Bicara Permohonan Batal Senarai Hitam Kekal, 23 Mei Ini

BACA JUGA: Siti Bainun Diarah Bela Diri, Walaupun Tiada Peguam

Memetik kepada sebuah berita tempatan, pada asalnya, lelaki itu dikenakan hukuman penjara 42 tahun namun pihak mahkamah mengurangkan jumlah hukuman itu berdasarkan keterangan yang diberikan.

Bagaimanapun, peguam Mongkol berkata, lelaki itu berhasrat untuk membuat rayuan dan ia dibenarkan oleh pihak mahkamah dengan ikat jamin 300,000 baht.

Kata berita itu juga, sabitan fitnah diraja di Thailand boleh membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun bagi setiap pertuduhan.

Mengimbas kembali pada tahun 2021, seorang wanita dijatuhi hukuman penjara selama 43 tahun oleh pihak mahkamah kerana menghina monarki yang pada asalnya hukuman wanita itu adalah 87 tahun.

Hukuman itu bertujuan untuk melindungi keluarga diraja Thailand daripada fitnah, penghinaan mahupun ancaman di mana Seksyen 112 Kanun Keseksaan ditafsirkan secara meluas bagi memasukkan sebarang kritikan terhadap monarki, jelas berita itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: