Tempatan

Hina Islam: 4 Agensi Harus Main Peranan Selepas Laporan Dibuat – Haniff Khatri

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 8 Mei 2021 – “Untuk pengetahuan umum, sudah ada beberapa negeri yang mempunyai undang-undang dipanggil “Anti Propagation Law”, iaitu undang-undang yang menghalang pengembangan agama lain kepada umat Islam, dan sudah diluluskan di enakmen negeri masing-masing.”

“Dan untuk Wilayah Persekutuan, ianya mesti diluluskan di Parlimen sebab Wilayah Persekutuan tiada Sultan dan DUN,” kata peguam, Haniff Khatri dalam ulasannya mengenai video kontroversi merebus umat Islam seperti katak.

“Negeri-negeri yang ada undang-undang “Anti Propagation Law” di mana telah pun disebarkan audio bishop tersebut, sebagai contohnya, kalau saya berada di Negeri Sembilan yang ada undang-undang “Anti Propagation Law” itu, dan ada orang-orang Seremban, Tampin dan sebagainya sudah mendengar ungkapan ini maka, mereka boleh pergi laporkan ke balai polis kemudian ambil laporan polis itu dan daftarkan aduan itu di Majlis Agama Islam Negeri masing-masing yang ada undang-undang terbabit (kebanyakan negeri ada enakmen ini, hanya satu dua negeri sahaja yang tiada).”

Jelas beliau lagi, selepas Majlis Agama Islam Negeri menerima aduan, pihak majlis perlu membuat laporan polis supaya perkara ini disiasat.

“Majlis Agama Islam perlu membuat laporan ini supaya perkara ini disiasat oleh pihak polis dan diambil arahan daripada Jabatan Peguam Negara supaya pihak berkenaan dituduh di Mahkamah Jenayah biasa. Kesalahan ini bukan kesalahan Syariah kerana ia dilakukan oleh orang bukan Islam. Jadi kena diambil tindakan pertuduhan jenayah oleh Peguam Negara melalui siasatan pihak polis yang mendapat aduan daripada Majlis Agama itu, yang mendapat aduan asal daripada orang awam.”

Haniff kemudiannya menyenaraikan tindakan yang perlu dilakukan bagi mencapai objektif berhubung kes berkenaan ataupun kes-kes yang melibatkan Agama Islam:

1. Orang awam perlu melaporkan ke balai polis kemudian bawa laporan polis itu ke Pejabat Agama Negeri masing masing.

2. Pejabat Agama pula membuat laporan polis setelah menerima aduan daripada orang awam.

3. Pihak polis kena buat siasatan dan majukan kepada Peguam Negara dengan siasatan dan bukti lengkap.

4. Peguam Negara akan membuka fail pertuduhan pihak berkenaan di Mahkamah Jenayah biasa, misalnya jika berlaku di Seremban, tuduh di Seremban, jika di Wilayah Persekutuan, tuduh di Wilayah Persekutuan supaya ada pertuduhan dibawa terhadapnya.

5. Mahkamah Jenayah biasa akan menjalankan perbicaraannya mengikut lunas undang-undang, di mana bishop itu berhak menampilkan pembelaannya mengikut kedaulatan undang-undang sebelum Mahkamah Jenayah biasa dapat membuat keputusan berkaitan pertuduhan itu.

“Inilah rentetannya secara sistematik. Sebelum perkara ini berleluasa, kita perlu bertindak segera melalui gerak kerja yang sistematik berlandaskan undang-undang supaya pihak yang terbabit menerima natijahnya,” tegas Haniff.

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button