Hina Agama Mesti Penjara Mandatori..!!!!!! – Presiden PERKASA
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 23 Ogos 2022 – “Hina Agama mesti penjara mandatori!,” Syed Hassan Syed Ali, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), menyatakan cadangan demikian selepas peristiwa seorang individu yang hanya dikenakan denda selepas membuat pengakuan bersalah membuat kenyataan menghina Islam.
“Setakat denda ribu-ribu ringgit macam ni, bukan masalah kepada puak-puak tu,”
Kebanyakan dari kesalahan menghina agama yang dibuat melalui hantaran atas talian dibicarakan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta588), Seksyen 233(3) Akta dan juga Kanun Keseksaan Seksyen 298. Kesemua seksyen ini memperuntukkan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan yang dilakukan.
Pertubuhan-Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) seringkali membangkitkan, hukuman sedia ada tidak menghalang perbuatan menghina agama Islam dari berulang-ulang dilakukan. Perbuatan seperti ini semakin menjadi-jadi dibantu dengan penggunaan dan akses kepada media sosial yang semakin meluas.
Beberapa kes yang dicatatkan sebelum ini menunjukkan denda yang dikenakan tidak memberi apa-apa kesan kerana terdapat usaha pengumpulan dana untuk membayar denda kesalahan dan kutipan yang mereka perolehi berlipat kali ganda dari denda yang ditetapkan.
Malah sebahagian dari kes-kes ini, menurut Presiden PERKASA, berkemungkinan turut mendapat sokongan dari pihak luar.
“Sekali buat crowd funding, berlipat-lipat kali ganda mereka dapat kutip dari puak-puak yang benci Islam dalam negara ini, silap-silap Yahudi pun support sama.” Syed Hassan menamatkan kenyataan di dalam hantaran akaun media sosialnya.