Tempatan

TERKINI: Klinik Kesihatan Parit Baru Terbakar

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SABAK BERNAM, 13 September 2022 –  Klinik Kesihatan Parit Baru di Jalan Masjid Kampung Parit Baru, musnah dalam kebakaran, awal pagi hari ini.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 3.49 pagi tadi, lapor sebuah portal tempatan.

Menurut Pengarah JBPM, Norazam Khamis, kebakaran itu tidak membabitkan mangsa dengan anggaran kemusnahan kira-kira 70 peratus.

Berikutan kejadian ini, Klinik Kesihatan Parit Baru akan ditutup operasi bermula hari ini sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

“Semua pesakit yang ingin mendapatkan rawatan boleh ke Klinik Kesihatan Sg Air Tawar. Manakala Bagi pesakit ibu dan anak masih boleh mendapatkan rawatan di Klinik Desa Teluk Rhu,” maklum Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam menerusi laman Facebook Upk Pkd Sabak Bernam hari ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: