‘Hilang’ Batu Puteh, Pejabat Peguam Negara Pertimbang Tindakan Undang-Undang
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 29 JANUARI 2023 — Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mungkin menjejaskan kepentingan Malaysia dalam menuntut kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh pada masa lalu.
Menurut kenyataan media, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun berkata, Laporan Petugas Khas Semakan Undang-Undang berkaitan kes itu telah dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Januari lepas.
BACA JUGA: “Tak Ada Satu Pun Pegawai GLC Tahu Apa Itu CPTPP”
BACA JUGA: KPKT Batu Loncatan DAP – Adun Bemban
BACA JUGA: KTMB Tawar Diskaun 25% Sehingga 31 Disember
Menurutnya lagi, Kerajaan melihat tindakan menarik balik kedua-dua Permohonan Semakan ke atas keputusan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dan Permintaan Tafsiran ke atas keputusan yang sama adalah tidak teratur dan tidak wajar.
Justeru itu pihaknya akan meneliti syor-syor Pasukan Petugas Khas termasuk isu berkaitan tort misfeasans (tort of misfeasance in public office) dan akan mengambil tindakan yang perlu bagi melaksanakan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri.
Isu Batu Puteh adalah isu yang amat penting kerana ia berkait dengan kepentingan strategik dan kedaulatan negara. Dalam hal ini, Kerajaan akan terus memastikan kepentingan dan kedaulatan Malaysia terpelihara sepanjang masa.
Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata pada Disember 2022 bahawa Kabinetnya telah bersetuju bahawa tuntutan Malaysia ke atas Pulau Batu Puteh perlu dikaji semula.
Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura, manakala kedaulatan ke atas Middle Rocks yang berdekatan telah diberikan kepada Malaysia.