Hijab & Tunik, Uniform Baharu Krew Kabin Wanita British Airways
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
UNITED KINGDOM, 09 Januari 2023 – British Airways telah memperkenalkan pakaian seragam baharu buat pertama kali dalam tempoh hampir 20 tahun di mana syarikat penerbangan itu turut menampilkan hijab dan tunik sebagai salah satu pilihan uniformnya.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan British Airways, koleksi baharu untuk krew kabin itu menyediakan, sut three-piece untuk lelaki dipadankan dengan seluar berpotongan biasa dan slim fit, dress, skirt dan seluar untuk wanita, dan juga jumpsuit moden. Pilihan tunik dan tudung juga telah dicipta untuk carrier global.
BACA JUGA: Bumi Mekah Menghijau, Netizen Resah Tanda Kiamat
BACA JUGA: FELDA Agih RM9.7 Juta Bantuan Musim Tengkujuh
BACA JUGA: Ceroboh Al-Aqsa: Iran Janji Tindakan Tegas Terhadap Rejim Haram Aparteid Israel
“Lebih daripada 1,500 rakan sekerja British Airways memberi idea untuk reka bentuk dan ujian koleksi baharu itu sejak empat tahun lalu, dengan percubaan rahsia di udara dan di lapangan.”
Syarikat penerbangan itu juga telah menguji pakaian seragam itu selama enam bulan bagi memastikan setiap pakaian sesuai dengan pekerjaan krew kabin.
“Uniform kami melambangkan lambang ikonik jenama kami, sesuatu yang akan membawa kami ke masa depan kami, mewakili yang terbaik dari Britain moden dan membantu kami memberi perkhidmatan yang hebat untuk pelanggan kami. Kami mahu mencipta koleksi uniform yang bangga dipakai oleh warga kami dan dengan bantuan lebih 1,500 rakan sekerja, kami yakin kami telah berjaya melaksanakannya.”
Uniform baharu ini direka oleh pereka fesyen British, Ghanaian Savile Row dan tukang jahit Ozwald Boateng, OBE.