Antarabangsa

Hijab: Mahkamah Tinggi EU Putuskan Pekerja Boleh Diharamkan Memakai Hijab

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

LUXEMBOURG, 16 Julai 2021 – Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) memutuskan bahawa majikan di blok itu boleh mengharamkan pemakaian yang bersimbolkan kepercayaan agama atau politik seperti hijab, lapor Al-Jazeera.

Keputusan ini dikeluarkan selepas dua wanita Jerman digantung kerja setelah mereka mula memakai hijab selepas kembali berkerja semula.

Ujar kedua-dua mereka yang berkerja di dua tempat kerja berbeza, majikan mereka mendakwa bahawa pemakaian hijab adalah diharamkan dan mereka diberi pilihan sama ada untuk meneruskan kerjaya tanpa memakai tudung atau mencari pekerjaan lain.

Tetapi keputusan Mahkamah Tinggi Kesatuan Eropah (EU) ini menetapkan bahawa mahkamah-mahkamah di 27 negara-negara ahli itu perlulah juga mempertimbangkan apakah larangan itu sesuai dengan “keperluan tulen” pihak majikan.

Malah, para majikan juga harus mempertimbangkan hak dan kepentingan pekerja, termasuk mempertimbangkan perundangan nasional mengenai kebebasan beragama.

“Larangan untuk memakai sebarang pakaian yang menunjukkan eskpresi politikal, falsafah atau kepercayaan agama di tempat kerja boleh dijustifikasikan oleh keperluan majikan untuk menunjukkan imej neutral terhadap pelanggan-pelanggan mereka ataupun bagi mengelakkan pertikaian sosial.”

“Walau bagaimanapun, justifikasi ini perlulah bersesuaian dengan keperluan tulen majikan. Mahkamah nasional perlu mengambil kira konteks spesifik Negara Ahli dan khususnya perlindungan kebebasan dalam beragama setiap daerah.”

Pada 9 April lalu, Dewan Senat Perancis melakukan undian untuk melarang gadis berumur 18 tahun ke bawah memakai hijab di tempat awam.

Bantahan itu menjadi tular dalam media sosial dengan tanda pagar #HandsOffMyHijab.

Langkah itu mendapat kritikan kerana secara jelas menyerang populasi minoriti Islam di negara itu.

Larangan itu bagaimanapun, belum digubal menjadi undang-undang kerana Majlis Nasional Perancis diwajibkan menandatangani perubahan tersebut sebelum dilaksanakan.

Leave a Reply

Back to top button