Tempatan

’Hidang’ Mata Kail Kepada Pelanggan, Restoran Beri Pampasan 60 Sen

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2022 – Baru-baru ini pengguna media sosial digemparkan dengan pendedahan dari seorang wanita yang terjumpa sebilah mata kail dalam hidangan lauk kari kepala ikan yang dipesannya di sebuah restoran.

Menurut Mstar, gambar tular di media sosial itu menunjukkan mata kail yang besar dan tajam itu diselaputi kuah kari manakala bahagian tengahnya masih terlekat sisa ikan.

“Ada mata kail di kepala ikan, bukankah ia luar biasa? Nasib baik ayah saya tidak menyuap dan menggigitnya, sempat melihatnya apabila dia menggunakan sudu untuk memakan ikan itu,” kata wanita itu.

Apabila dia bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pengurus restoran terbabit, pihak restoran itu bukan sahaja enggan bertanggungjawab, malah menyalahkan pula pembekal ikan mereka.

“Pada awalnya, mereka kata ia silap pekerja di dapur, tetapi apabila saya nak buat bayaran, mereka minta maaf dan kata ia adalah salah pembekal.”

Tambahnya, sewaktu pembayaran dilakukan, pihak restoran tersebut hanya memberi potongan harga sebanyak RM0.60 sen sahaja atas kecuaian yang berlaku.

Daripada harga keseluruhan berjumlah RM298.60 mereka hanya perlu membayar sebanyak RM298.

“Bagaimana dengan orang lain? Bagaimana jika kanak-kanak yang terjumpa? Adakah mereka makan mata kail?” soal wanita itu lagi

Katanya lagi, ia merupakan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang hidupnya. Mujurlah tiada ahli keluarganya tercedera kerana mata kail tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: