Tempatan

HFMD: Selepas Johor, Kelantan Pula Meningkat 27 Kali Ganda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 20 Julai 2022 – Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Kelantan meningkat sebanyak 27 kali ganda dengan jumlah kumulatif 7,078 kes berbanding minggu epidemiologi (ME) ke-28 (Epid 28) pada tahun lalu iaitu 261 kes sahaja.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr Izani Husin berkata, sebahagian besar wabak adalah melibatkan taska serta pusat jagaan kanak-kanak dan majoriti kes adalah dalam kalangan kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun iaitu sebanyak 68 peratus.

“Namun, tren tersebut dilihat semakin menurun pada minggu epid 28 ini iaitu penurunan sebanyak 58.5 peratus berbanding minggu epid 27.”

“Manakala dari segi kejadian wabak, sebanyak 25 wabak HFMD telah dilaporkan sehingga minggu epid 28 pada tahun ini berbanding hanya satu wabak sahaja dilaporkan bagi tempoh yang sama pada tahun lalu,” ujar beliau ketika menjawab soalan Datuk Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-14.

Sebelum ini, kes HMFD di Johor turut dilaporkan meningkat 79 kali ganda dengan jumlah 8,376 berbanding 106 kes pada tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Johor, Ling Tian Soon, berkata, “Merujuk kepada survelan ILI yang dijalankan di Klinik Kesihatan negeri Johor, terdapat peningkatan bagi kes yang dilaporkan pada minggu epid 23 sehingga minggu epid 27.”

“Namun pada minggu epid 28, tren menunjukkan terdapat sedikit penurunan bilangan kes yang dilaporkan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: