Tempatan

HFMD: Kelantan Catat Peningkatan, Seorang Di ICU

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 23 Jun 2022 – Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Kelantan mencatat peningkatan dalam tempoh 10 hari sehingga Sabtu lalu kepada 522 kes berbanding minggu lalu 372 kes dicatatkan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daerah Kota Bharu mencatat kes paling tinggi iaitu sebanyak 203 kes pada Minggu Epidemiologi (ME), diikuti Pasir Puteh (55 kes), Pasir Mas (52 kes), Machang (51 kes), Kuala Krai (40 kes), Bachok (42 kes), Tumpat (28 kes), Gua Musang (25 kes), Jeli (15 kes) dan Tanah Merah (14 kes).

Selain itu, beliau menambah, masih terdapat empat daerah yang berada dalam zon merah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas dan Machang.

Ujarnya lagi “Kanak-kanak berusia antara satu hingga empat tahun paling ramai dijangkiti HFMD iaitu sebanyak 68.3 peratus, kanak-kanak berusia lima hingga enam tahun (14.1 peratus), kanak-kanak tujuh hingga 12 tahun (8.4 peratus), remaja berumur 13 hingga 17 tahun (7.9 peratus) dan golongan 18 tahun ke atas (0.8 peratus)”.

Menurut beliau, hanya seorang kanak-kanak yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di hospital dan kes lain mereka masing-masing mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar serta menjalani kuarantin di rumah.

Dalam usaha mengelakkan penularan jangkitan HFMD, semua pihak terutama ibu bapa, penjaga dan pihak taska atau tadika dinasihatkan terus mengambil langkah menjaga kebersihan dan JKNK akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan kes jangkitan menurun.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: