Tempatan

HFMD: Cara-Cara Gunakan Infectious Disease Tracker MySejahtera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 29 MEI 2022 – Fungsi ‘HotspotTracker’ yang dahulunya digunakan untuk menjejak kawasan titik panas kes COVID-19 kini diubah sebagai ‘Infectious Disease Tracker’.

‘Infectious Disease Tracker’ membolehkan jumlah kes aktif penyakit berjangkit seperti Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dikesan di kawasan berdekatan dalam radius lima kilometer untuk tempoh tujuh hari yang lepas.

BACA: Vaksin Yang Dikatakan Berkesan Akhirnya Tidak Berkesan – Ustaz Masridzi

BACA: Yang Belum Vaksin Jangan Benar Pergi Sekolah – Pakar Kesihatan

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

Berikut merupakan cara-cara penggunaan Infectious Disease Tracker MySejahtera:

1. Buka Aplikasi MySejahtera
2. Tekan TUTUP untuk pergi ke Menu Utama
3. Pilih ikon ‘Infectious Disease Tracker’
4. Masukkan lokasi sekarang atau lokasi yang hendak dituju
5. Keputusan akan dijana
6. Bilangan kes aktif yang dikesan di kawasan lingkungan pengguna akan diberitahu

Setakat ini, terdapat lima penyakit berjangkit yang boleh dikesan melalui ‘Infectious Disease Tracker’ termasuk HFMD.

Penyakit berjangkit yang lain adalah COVID-19, Penyakit Anjing Gila dan Demam Campak yang masing-masing boleh dikesan dalam lingkungan radius 1km serta 200 meter untuk penyakit Denggi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: