Antarabangsa

Hentikan Ritual Ibadat Yahudi Di Masjid Al-Aqsa – Liga Arab

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMMAN, 26 April 2022 – Liga Arab meminta Israel menghentikan ritual ibadat Yahudi di dalam perkarangan Masjid Al-Aqsa berikutan serangan keganasan yang berlaku di Baitulmuqaddis Timur baru-baru ini.

Mereka turut memberi amaran bahawa tindakan berkenaan merupakan penghinaan terang-terangan terhadap orang Islam dan boleh mencetuskan konflik lebih besar.

Menurut Al-Jazeera, Israel telah menyekat kebebasan beribadah bagi orang Islam di masjid tersebut, malah membenarkan penganut Yahudi memasuki kawasan itu dengan perlindungan pihak polis.

Sementara itu, Ketua Liga Arab Ahmed Aboul Gheit berkata, Israel melanggar dasar berabad-abad yang menyatakan orang bukan Islam boleh melawat perkarangan Al-Aqsa, tetapi tidak boleh sembahyang di sana.

“Tuntutan kami jelas bahawa Al-Aqsa dan Haram al-Sharif adalah tempat ibadah hanya untuk umat Islam,” kata Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi selepas berlangsungnya mesyuarat tergempar Liga Arab di Amman.

Mesyuarat tersebut diadakan bagi membincangkan dasar dan langkah Israel di Baitulmuqaddis yang menyalahi undang-undang. Ia turut dihadiri negara yang menjalinkan hubungan dengan Israel termasuklah Emiriah Arab Bersatu, Maghribi, Arab Saudi, Qatar, Mesir dan wakil daripada pihak berkuasa Palestin.

Beberapa minggu lalu, polis Israel menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa dan menyebabkan sekurang-kurangnya 100 rakyat Palestin cedera dan ratusan lain ditahan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: