Antarabangsa

Anak Biden Buat Duit Dari Ukraine, Tak Bayar Cukai: Dokumen Mahkamah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 04 OGOS 2023 – Beberapa dokumen mahkamah telah mendedahkan bahawa anak presiden Amerika Syarikat (AS), Hunter Biden telah membawa sejumlah pendapatan lebih daripada $4.4 bilion yang mana kebanyakannya adalah dari Ukraine dan China.

Dokumen-dokumen yang sama juga telah menunjukkan bahawa anak presiden itu telah gagal membayar sebarang cukai pada tahun 2017 dan tahun 2018.

Berdasarkan sebuah dokumen yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Maryellen Noreika pada Rabu lalu, Hunter Biden telah menghasilkan hampir $2.3 juta pada tahun 2017 sahaja, yang mana ianya datang daripada perniagaan-perniagaan di China serta daripada syarikat tenaga Ukraine.

BACA JUGA: Rampasan 47 Ular Dibawa Penumpang Dari Malaysia, JKDM Beri Penjelasan

BACA JUGA: Tanah Jerlus: Pesawah Mohon Bantuan Sepanjang ‘Direhatkan’

BACA JUGA: Bonda Sultan Mangkat: Terengganu Larang Sebarang Himpunan Hiburan Sampai Isnin

Dokumen yang sama juga turut mendedahkan bahawa cukai yang sepatutnya dibayar, sama sekali tidak ditunaikan walaupun mempunyai wang yang cukup. Laporan tersebut juga menyatakan bahawa akauntan beliau telah beberapa kali meminta Hunter untuk membuat pembayaran.

Beberapa ahli parlimen Republikan telah membuat dakwaan bahawa keluarga Biden telah terlibat dalam kegiatan rasuah menerusi perniagaan-perniagaan di luar negara.

Mykola Zlochevsky, pengasas firma tenaga Ukraine Burisma Holdings telah membuat kenyataan bahawa beliau telah dipaksa untuk membayar rasuah sebanyak sejumlah $10 juta kepada Biden.

Zlochevsky turut menyatakan bahawa beliau mempunyai beberapa rakaman yang boleh dijadikan sebagai bukti untuk membenarkan kesemua dakwaannya itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: