Tempatan

Tragedi KRI-Nanggala 402: Agong Dan Raja Permaisuri Zahir Ucapan Takziah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 26 April 2021 – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo serta seluruh rakyat Indonesia susulan tragedi kemalangan yang menimpa kapal selam KRI Nanggala-402.

Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian perajurit-perajurit Indonesia itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi ujian pada bulan Ramadan ini.

“Sesungguhnya pemergian perajurit-perajurit kapal selam tersebut di bulan Ramadan yang mulia ini merupakan satu kehilangan yang besar buat negara Indonesia dan semoga pengorbanan mereka akan terus dikenang sepanjang masa,” titah Seri Paduka Baginda berdua dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman Facebook Istana Negara semalam.

Seri Paduka Baginda berdua juga berharap seluruh rakyat Indonesia tabah dan diberi kekuatan menempuh dugaan besar itu dan mendoakan agar roh mereka yang terkorban dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Menjunjung titah Seri Paduka Baginda, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin turut menyampaikan ucapan takziah baginda berdua kepada Duta Besar Indonesia di Malaysia, Tuan Yang Terutama Hermono.

Semalam, Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto mengesahkan semua 53 kru kapal selam KRI Nanggala-402 telah terkorban. Kapal itu terputus hubungan pada pukul 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: