Tempatan

Harga Hasil Laut Mahal, Ramai Datang Tanya Tak Jadi Beli

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA TERENGGANU, 20 Januari 2023 – Ramai yang teragak-agak untuk membeli hasil laut ekoran harganya yang masih tinggi, kata peniaga di Pasar Chabang Tiga dan Pasar Bukit Besar, Terengganu.

“Ramai juga yang datang pegang ikan, pegang sotong tapi lepas tanya harga mereka tak jadi beli sebab mahal. Memang kasihan tapi apa boleh buat kerana kami dapat harga borong pun dah mahal, keuntungan yang diambil pun cuma sedikit.”

BACA JUGA: Ketukan Dari Kontena: Terperangkap 6 Hari, Kanak-Kanak Warga Asing Akan Dihantar Pulang

BACA JUGA: Isu Bekalan Telur Ayam Selesai Dua Bulan Lagi

BACA JUGA: Bencana Demam Babi Afrika Tidak Jejas Bekalan Babi – Ketua Menteri Pulau Pinang

Menurut Hisham Mohamad, 33, kebanyakan pembeli ketika ini kurang berbelanja memandangkan sesi persekolahan baharu dan perayaan Aidilfitri bakal tiba tak lama lagi.

Ramai mengambil pendekatan berjimat cermat dalam membuat pembelian barangan mentah.

“Kebanyakan yang datang membeli ikan rakyat seperti kembung, sardin dan selar. Tidak ramai yang beli ikan tenggiri, ikan merah atau jenahak kerana harganya memang mahal,” katanya.

Ketika tinjauan dibuat, harga ikan kembung dijual pada harga RM20 untuk satu kilogram (kg), selar saiz kecil (RM16), selar saiz besar (RM20), kerisi (RM14 hingga RM16), sardin (RM14) dan tongkol (RM14).

Para peniaga menjangkakan harga hasil laut kembali turun selepas perayaan Chap Goh Mei turun kerana cuaca ketika itu pun sudah semakin baik dan nelayan kembali turun ke laut seperti biasa.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: