Gaya Hidup

Hati-hati Isi Minyak Tengah Hari

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Ramai pengguna kenderaan pandang mudah terhadap aktiviti mengisi minyak terutama sekali pada waktu tengah hari.

Terdapat beberapa risiko yang boleh berlaku yang perlu anda ketahui tentang pengisian minyak pada waktu tengah hari.

Antaranya ialah berlakunya pengeluaran wap petrol keluar dari tangki minyak di mana boleh berlakunya kebakaran jika anda mengabaikan aspek-aspek keselamatan kritikal contohnya tidak mematikan enjin kenderaan atau menggunakan telefon semasa mengisi minyak.

Selain itu, antara risiko yang pengguna akan hadapi adalah kurangnya minyak yang amat ketara kerana hilang sebagai wap di udara sewaktu mengisi minyak. Ini akan menyebabkan anda terpaksa mengisi minyak dengan lebih kerap.

Antara langkah-langkah yang perlu anda ketahui bagi memaksimumkan kuantiti minyak yang dapat digunakan dan bagi menjimatkan penggunaan harian anda.

Isi minyak pada waktu pagi atau ketika suhu sejuk:-
Umumnya kapasiti minyak petrol pada waktu sejuk lebih banyak berbanding waktu panas. Ini kerana semasa anda mengisi minyak pada waktu panas (tengah hari) akan boleh lihat sendiri wap petrol yang ‘lari keluar’ enggan memasuki tangki minyak kereta anda.

Jika pengisian pada waktu panas menyebabkan wap yang berlebihan keluar dan sekaligus mengurangkan kuantiti petrol yang masuk ke tangki semasa anda mengisi minyak. Jadi amalkan budaya mengisi minyak pada waktu pagi atau malam untuk mengelakkan kehilangan petrol.

Isi Mengikut Liter:-
Tips yang perlu anda tahu adalah mengisi minyak mengikut liter. Perkara betul yang perlu dibuat pada setiap pengguna bagi menjimatkan dan mendapat lebihan liter pada setiap pengisian.

Cara macam ni lebih baik daripada isi mengikut RM kerana jumlah minyak yang masuk cuma mengikut liter sahaja sedangkan setting pam minyak menyukat sehingga dua tempat perpuluhan sahaja.

Isi secara perlahan:-
Teknik ini membantu petrol anda dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan penguawapan petrol meruap bebas dan mengelakkan berlakunya pembaziran petrol.

Anda perlu mengawal picu dengan menarik secara separuh penuh untuk mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.

Isi minyak ketika tangki separuh penuh:-
Perasan tak semasa anda buka penutup tangki minyak akan berlakunya bunyi seperti buka penutup air berkarbonat ketika takat tangki minyak surut atau meter berkelip?

Ini terjadi kerana ruang udara yang luas dalam tangki dan dipenuhi dengan wap.

Anda digalakkan membuat isian semula minyak supaya tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan dan anda perlu isi minyak sehingga tangki penuh.

Jika terdapat banyak ruang kosong di tangki minyak kerana semakin besar ruang semakin banyak petrol akan meruap.

Leave a Reply

Back to top button