Tempatan

Hasut Hapus Monarki, Akaun Netizen Dikecam

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Jun 2022 – “Kalau ada undi Malaysia diganti menjadi republik Malaysia, salah 1 undi tu dari aku…” kata seorang netizen dalam laman Twitternya.

Ciapan @onlyonehamdi itu merupakan jawapan balas kepada seorang lagi pengguna Twitter, Lucius Maximus yang mempertikaikan fakta dalam titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar baru-baru ini.

Berdasarkan tinjauan, pengguna-pengguna media sosial lain bertindak memerli dan mengecam ciapan @onlyonehamdi itu.

@leppezin berkata, “Kanun Keseksaan Bab IV, Seksyen 121 (D). Kalau ada laporan atas akaun ni, _confirm_ penjara seumur hidup. Selamat mereput dalam penjara.”

@Insyirah921 juga senada dengan @leppezin di mana beliau menegaskan bahawa ciapan itu mempunyai elemen subversif dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“@PDRMsia. Ni elemen subversif. Boleh kena tindakan undang-undang Kanun Keseksaan Seksyen 121B. SKMM mane?? Makin berani puak-puak ni. Melampau.”

Seorang lagi pengguna Twitter, @AleenaAnnuar menggesa golongan anti monarki ini untuk keluar dari Malaysia.

“Tak suka, pindahlah negara lain. Tak payah main sentimen anti-monarki kt Malaysia nie!!!”

@RidzuwanRahim pula berkata, “Wow, kalau kena angkut nanti, bakal guna kad OKU lah tu.”

Leave a Reply

Back to top button