Tempatan

Hasil Banjir Termenung, Rumah Umpama Karpet Hijau Dipenuhi Kiambang

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

BAGAN DATUK, 09 Disember 2022 – “Sebelum ini kawasan rumah saya hanya dipenuhi air tetapi sejak beberapa hari lalu, kiambang mula memenuhi kawasan rumah saya akibat dibawa air. Banjir termenung ini sudah terlalu lama, hampir dua bulan.

Memanglah nampak cantik, umpama karpet berwarna hijau disebabkan kiambang ini tetapi banjir termenung ini menyusahkan kami.”

Kenyataan itu dikongsi seorang penduduk kawasan perumahan Sungai Belukang, Sambre Samun, 62 yang terpaksa menerima nasib di mana, halaman rumahnya yang dulu menghijau ditumbuhi rumput kini berubah kepada warna hijau disebabkan kiambang.

Tambah beliau, keadaan itu sudah pasti menyukarkannya dan penduduk kampung untuk melakukan aktiviti seharian. Ini kerana, hendak keluar masuk rumah pun terpaksa meredah air.

“Bayangkan betapa sukar untuk kami bergerak melakukan urusan seharian.

Saya mengalami kerugian kira-kira RM3,000 disebabkan perabot dan lain-lain peralatan rumah yang rosak kerana terendam dalam banjir,” ujarnya lagi.

Menurut Encik Sambre, bencana itu disebabkan musim hujan dan air tidak dapat mengalir keluar melalui longkang dan parit yang dipenuhi semak serta sampah sarap.

“Air akan surut jika cuaca panas berterusan. Jika musim hujan berterusan, keadaan mungkin akan bertambah buruk kerana air tidak dapat mengalir keluar kerana parit air sudah tersumbat disebabkan semak, tidak dibersihkan selain pelbagai jenis sampah dan kayu yang terdapat di dalamnya.”

Oleh itu, beliau berharap agar Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian terhadap masalah banjir termenung di beberapa kampung di kawasan tersebut yang sudah larutan sejak dua bulan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: