Tempatan

Haruan Makan Anak: Bapa Durjana Jadikan Anak Tiri Hamba Seks Lima Tahun Ditahan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEGAMAT, 28 September 2022 – Seorang warga emas ditahan selepas disyaki menjadikan anak tirinya yang berusia 17 tahun sebagai ‘hamba seks’ sejak lima tahun lalu, lapor sebuah portal berita tempatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superitendan Ahmad Zamry Marinsah, perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas mangsa mengadukan perkara tersebut kepada ibunya yang berusia 34 tahun mengenai perlakuan bapa tirinya itu sebelum wanita berkenaan bertindak membuat laporan polis.

“Bertindak atas maklumat diterima, kita menahan suspek pada 21 September lalu dan siasatan awal mendapati perbuatan terkutuk berlaku terhadap mangsa sejak dia berusia 12 tahun.”

Kata beliau, suspek kerap melakukan perbuatan terkutuk itu serta melakukan seks oral sewaktu mereka tinggal berdua di dalam rumah malah mangsa turut diugut oleh suspek.

Suspek yang berusia 64 tahun itu ditahan kira-kira 8.05 malam pada 21 September lalu dan direman selama tujuh mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana merogol.

Beliau berkata, suspek boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun serta hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: