Tempatan

Hartanah Mahal, CUEPACS Gesa Kerajaan Hidupkan Semula Rumah Kakitangan Awam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 25 Disember 2022 – Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Adnan Mat memohon Kerajaan untuk melaksanakan semula pembinaan rumah khusus untuk penjawat awam yang dihentikan sejak 2018.

“Kami tidak meminta perumahan percuma kerana kami sanggup membelinya tetapi harga yang ditawarkan oleh pemaju ketika ini sangat tidak masuk akal dengan kadar gaji semasa penjawat awam,” katanya menurut laporan portal tempatan.

Ujar Adnan, kediaman di sekitar Putrajaya rata-ratanya bermula dengan harga RM400,000 ke atas, lantas bagaimana penjawat awam yang kebanyakannya dalam kalangan B40 dan M40 mampu membelinya.

Tambahnya, Putrajaya boleh menjadi lokasi pertama untuk pelaksanaan semula projek perumahan tersebut memandangkan masih banyak tanah kosong di Putrajaya dan seluruh negara dimiliki oleh Kerajaan.

Terdahulu CUEPACS menyambut baik inisiatif Kerajaan memberikan potongan sebanyak 30% daripada jumlah cukai taksiran untuk semua kediaman yang berharga bawah RM300,000 di Putrajaya bermula tahun 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: