Tempatan

‘Harimau Shakti-2022’: Latihan Ketenteraan Malaysia-India Bermula

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KLUANG, JOHOR, 30 November 2022 – Harimau Shakti-2022, sebuah latihan ketenteraan bersama melibatkan tentera India dan Malaysia telah bermula pada hari Isnin, 28 November 2022 di Pulai, Kluang, Johor.

Latihan ketenteraan yang akan tamat pada 12 Disember ini diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan kebolehoperasian dalam perancangan dan pelaksanaan pelbagai operasi di kawasan hutan.

Menurut Kementerian Pertahanan India, latihan ini merupakan acara latihan tahunan antara Tentera India dan Tentera Darat Malaysia yang diadakan sejak 2012.

“Askar berpengalaman tempur Rejimen Senapang Garhwal Tentera India dan Rejimen Askar Melayu Diraja Tentera Darat Malaysia menyertai latihan tahun ini untuk berkongsi pengalaman yang diperoleh semasa operasi bagi meningkatkan kesaling kendalian dalam perancangan dan pelaksanaan pelbagai operasi di kawasan hutan,” kata kementerian dalam satu kenyataan.

“Skop latihan ini melibatkan Latihan Perancangan Perintah (CPX) di Peringkat Batalion dan Latihan Lapangan (FTX) Peringkat Kompeni mengenai operasi sub-konvensional di kawasan hutan,”

Tambah kenyataan sama, jadual latihan bersama termasuk penubuhan pos perintah bersama, pusat pengawasan bersama, perkongsian kepakaran dalam penggunaan aset udara, demonstrasi teknikal, pengurusan mangsa, dan pemindahan mangsa selain perancangan logistik di peringkat batalion.

“Latihan HARIMAU SHAKTI” akan meningkatkan tahap kerjasama pertahanan antara Tentera Darat India dan Tentera Darat Malaysia, yang seterusnya akan memupuk lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kata kementerian itu lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: