Tempatan

Harimau Mengganas Di Hulu Dungun Masih Bebas

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HULU DUNGUN, 23 Jun 2022 – Kemunculan seekor harimau belang yang berkeliaran di kawasan bukit Hulu Paka, Dungun mencetus kegemparan di media sosial.

“Ada saja penduduk kampung atau pekerja ladang yang nampak (harimau),” kongsi seorang penduduk, Zulkifli Embong.

Penduduk kampung Felda Kerteh 4 di Hulu Dungun, meluahkan kebimbangan berikutan serangan harimau yang semakin menjadi-jadi.

Mereka memaklumkan bahawa kampung mereka antara yang kerap berdepan dengan serangan harimau semenjak dari 2019.

Menurut laporan The Malaysian Insight, haiwan terbabit menceroboh ladang ternakan penduduk-penduduk kampung sehingga mereka terpaksa menanggung kerugian kerana lembu ternakan habis dimakan pemangsa berkenaan.

Selain Kerteh 4, kawasan Kerteh 3 juga menjadi sasaran raja rimba tersebut yang membaham ternakan.

Januari lalu, Jabatan Perhutanan Terengganu terpaksa menutup kawasan rekreasi di Hutan Lipur Air Terjun Menderu di Kampung Chabang, Kerteh, kerana ancaman haiwan pemangsa itu.

Leave a Reply

Back to top button