Harimau Belang Gugat Keselamatan Penduduk FELDA
GUA MUSANG, 18 Julai 2023 – Penduduk di Felda Perasu resah diancam harimau belang yang berkeliaran di kawasan ladang kelapa sawit sehingga mengganggu ternakan penduduk.
Seorang penternak, Md Hussain Senik, 66, berkata, sejak dua bulan lalu, beliau mengalami kerugian lebih RM20,000 apabila lembunya menjadi mangsa serangan harimau belang.
BACA JUGA: Kerajaan Madani Guna Akta Hasutan, Zaid Ibrahim Tempelak Majlis Peguam
BACA JUGA: ‘Akta Negara Bangsa’ Tangani Isu 3R Di Malaysia – Azalina
BACA JUGA: Mossy Forest Ditutup Sementara Waktu
“Kejadian terbaru hampir dua minggu lalu dan anak saya sendiri pernah menyaksikan ‘Pak Belang’ menerkam lembu ketika dalam perjalanan keluar dari FELDA ini pada waktu malam. Keesokan pagi, apabila dia ke tempat kejadian lembu sudah mati dan terdapat kesan tapak kaki harimau.”
“Kejadian ini sangat membimbangkan penduduk di sini, terutama penternak lembu dan kambing sehingga menyebabkan kami mengalami kerugian besar,” keluhnya.
Sementara itu, penduduk Ibrahim Nor, 75, berharap pihak berwajib dapat segera mengambil tindakan terhadap serangan haiwan liar itu yang mengganggu ternakan penduduk kampung.
“Kami terpaksa menanggung kerugian besar apabila haiwan ternakan menjadi mangsa kerana harga seekor lembu dewasa sudah mencecah sehingga RM4,000.”
“Kejadian yang berlaku sudah dimaklumkan kepada pihak berwajib dan berharap tindakan segera dapat diambil.”
“Kemunculan harimau belang ini mungkin kerana kawasan ladang kelapa sawit ini berada berhampiran Gunung Rabong,” katanya.