Antarabangsa

Diherdik Dengan Pernyataan Perkauman, Pelajar Kumpulan Minoriti Tinggalkan Kem Matematik

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERMAN, 9 Mei 2023 – Sekumpulan murid sekolah terpaksa memendekkan tempoh kem matematik mereka di Branderburg setelah mereka diherdik dan diugut dengan perkara yang bersifat perkauman, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh pihak polis Jerman pada Isnin lalu.

Kebanyakan daripada murid di dalam kumpulam kem tersebut adalah daripada etnik-etnik minoriti yang tinggal di Jerman.

BACA JUGA: Kerajaan Cadang Guna Susu Getah Tempatan Dalam Pembuatan Sarung Tangan

BACA JUGA: Awas! Harimau Bukit Berekeh, Perak, Mula Mengganas

BACA JUGA: PERHATIAN: Penutupan Jalan Sementara Di Sekitar Bandar Penawar Bermula 12 Mei Ini

Menurut pihak polis, guru mereka terpaksa menghentikan trip kem tersebut setelah para pelajar itu menjadi sasaran sebuah lagi kumpulan yang ketika itu menghadiri majlis sambutan hari lahir di kawasan yang sama.

Disebabkan ugutan yang diterima, para pegawai bertanggungjawab terpaksa mengiringi para pelajar tersebut keluar daripada kem Frauensee.

Seorang jurucakap pihak polis telah menyatakan bahawa kejadian tersebut kini berada dalam siasatan pihak polis tempatan, di bawah unit yang bertanggungjawab bagi menyiasat jenayah yang bermotivasikan politik.

Media tempatan, Tagesspiegel telah melaporkan bahawa pihak polis telah mengambil nama 28 individu yang berada di tapak percutian tersebut. Namun status sama ada kesemua 28 mereka itu dianggap sebagai suspek ataupun tidak masih belum diketahui.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: