Tempatan

Hospital Kerajaan Guna Peranti Lama, Doktor Merungut Produktiviti Terjejas

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Februari 2023 – Doktor di hospital Kerajaan mengalami kesukaran berikutan sistem komputer yang berusia lebih daripada 20 tahun.

Memetik kepada sebuah berita, kesukaran itu ditambah pula dengan isu kronik lain seperti kekurangan kakitangan serta peningkatan beban kerja.

BACA JUGA: MUIP Tubuh Perbadanan Wakaf Pahang

Kata berita itu, para doktor merasakan bahawa bebanan kerja mereka akan menjadi lebih ringan sekiranya tidak berurusan dengan peralatan yang sudah berusia.

BACA JUGA: AUKU Kekal- Menteri KPT

Difahamkan, beberapa buah hospital masih lagi menggunakan perisian yang berusia 23 tahun dahulu iaitu Windows 2000.

BACA JUGA: Minyak Sawit: Tingkatkan Usaha Kekang Kempen Negatif Media Barat

Menurut seorang doktor di sebuah hospital yang terletak di selatan Semenanjung, spesifikasi perisian Windows di hospitalnya itu sangat rendah malah sudah pun tamat tempoh.

“Sebenarnya jika seorang doktor berjumpa pesakit, kami tidak perlu bertanyakan tentang sejarah mereka lagi.”

“Kami hanya perlu menyemak rekod kesihatan mereka di komputer. Malangnya, semuanya sangat perlahan dan sistemnya mengambil masa yang lama untuk dimuatkan.”

“Jadi adalah lebih baik jika kita hanya bertanya kepada pesakit tentang keadaannya secara terus,” katanya.

Sementara itu, seorang doktor dari utara Semenajung turut mengatakan bahawa beliau hanya menggunakan komputer lama dengan paparan skrin yang kabur.

Kata beliau, adalah lebih mudah untuk menggunakan iPad miliknya sendiri dalam melakukan rutin kerja biarpun beliau mengetahui tidak semua sistem sesuai dengan perisiannya.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pengarah Kesihatan turut mengakui dengan mengatakan bahawa proses membaiki serta mengganti sistem ini perlu dilakukan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: