Tempatan

Hari Kebangsaan 2022: Terbangkan Dron Tanpa Kelulusan, Pengawal Keselamatan Disiasat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 September 2022 – Polis menyiasat seorang pengawal keselamatan selepas disyaki menerbangkan dron tanpa kelulusan pihak berkuasa sewaktu Sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang sedang berlangsung di Dataran Merdeka, semalam.

“Sebelum itu, Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menurunkan satu dron secara ‘force landing’ iaitu balik ke tempat asal dron itu dinaikkan di tepi jalan berhampiran sebuah restoran di Bulatan Dato Onn pada 9.30 pagi,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

Walau bagaimanapun, beliau berkata pihak polis sudah mengambil keterangan daripada lelaki terbabit yang berusia 50 tahun itu selepas menerima laporan mengenai insiden itu pada 1.54 tengahari semalam.

“Keterangan daripada lelaki itu sudah diambil dan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM),” jelas beliau kepada sebuah portal berita tempatan.

Menurut Noor Dellhan, laporan itu dirujuk kepada pihak CAAM yang diklasifikasikan sebagai merujuk kepada agensi lain (ROA) untuk disiasat di bawah Peraturan 143 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Sebelum ini, pihak CAAM menasihatkan orang ramai untuk tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan dari pihak berkuasa sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ini atau bakal dikenakan denda sebanyak RM500,000.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: