Tempatan

Isu Sajat: Tindakan Pihak Berkuasa Agama Satu Pembulian – NGO Peguam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2021 – “Tindakan yang bersifat membuli ini menunjukkan masalah pelaksanaan agama dalam negara kita,” kata peguam Lawyers for Liberty, Zaid Malek.

Menurut beliau, tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengerahkan 122 pegawai mencari Sajat sama seperti melayannya sebagai penjenayah sekaligus mengabaikan perlindungan terhadapnya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Realitinya, ‘kesalahan’ Sajat hanyalah menghadirkan diri dalam lawatan bersama para pekerjanya ke sekolah tahfiz pada tahun 2018 untuk mengagihkan bantuan.

“Kurangnya belas kasihan atau sifat kemanusiaan yang ditunjukkan kepada Nur Sajat memalukan agama dan bertentangan dengan naratif yang sering kita jalankan bahawa kita mengamalkan kesederhanaan agama di Malaysia.”

“Ini bukan hanya mengenai cara Islam ditegakkan atau ditafsirkan di Malaysia, tetapi juga bagaimana Islam dapat dirasakan secara global.”

Kata Penyelaras LFL ini lagi, Jabatan Agama Islam di Malaysia perlu mendalami kewajaran tindakan mereka memburu pengusaha kosmetik Nur Sajat sehingga membuatnya rasa tidak selamat dan mencari suaka di Australia.

“Kita perlu hentikan cara badan agama ini dan beri fokus untuk tunjuk sisi kemanusiaan yang sebenar seperti ditonjolkan dalam Islam.”

Justeru, sudah tiba masanya badan agama di negara kita merenungkan tindakan mereka, katanya lagi.

Sajat dalam strim langsung TikTok semalam berkata, beliau telah berhijrah ke Australia kerana negara itu “menghormati hak asasi manusia” dan berjanji tidak akan kembali ke Malaysia.

Beliau diburu pihak berkuasa Malaysia selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan pada 23 Februari kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: