“Harga Syiling Ayam Memang Memadai Untuk Penternak” – Timbalan Menteri
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 03 Julai 2022 – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menegaskan kadar harga siling ayam RM9.40 yang ditetapkan Kerajaan adalah memadai untuk penternak.
“Memang memadai kerana kita sudah mengadakan perbincangan dan libat urus dengan penternak dari semasa ke semasa selain mengetahui masalah sebenar dihadapi mereka akibat cuaca dan faktor geopolitik.”
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah, berkata harga siling terbabit juga wajar selepas Kerajaan memberikan subsidi kepada penternak sebanyak RM1.20 bagi setiap kilogram (kg) dengan keseluruhan jumlah subsidi ditanggung bermula hari ini hingga 31 Ogos sebanyak RM369 juta.
Pemberian subsidi sejak 5 Februari lepas menjadikan jumlah keseluruhan subsidi sebanyak RM1.1 bilion.
Jelasnya, disebabkan itu, langkah Kerajaan menetapkan harga siling ayam berkenaan adalah tepat.
“Walau apa pun, Kerajaan ingin memaklumkan bahawa bekalan ayam di seluruh negara mencukupi dan stabil,” katanya.