Tempatan

Harga Siling Baharu Ayam, Telur Kekal Selama Dua Bulan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2022 – Harga siling runcit baharu untuk ayam dan telur ayam yang telah berkuat kuasa mulai 1 Julai akan dikekalkan selama tempoh dua bulan.

Menurut pengumuman Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Rabu lalu, harga siling ayam standard ditetapkan pada RM9.40 manakala harga telur ayam gred A ditetapkan pada 45 sen sebiji, gred B (0.43 sen/biji) dan gred C (0.41 sen/biji).

Sehubungan itu, harga siling runcit ayam dan telur ayam bagi Langkawi adalah RM10.90 sekilogram; Sabah (RM11 hingga RM11.30), Sarawak (RM9.80 hingga RM12.90) dan Labuan (RM11.30) juga berkuat kuasa untuk tempoh sama iaitu selama dua bulan.

Lapor Berita Harian, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta untuk pelaksanaan harga siling baharu ini, menjadikan jumlah keseluruhan subsidi untuk ayam dan telur sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari lalu.

Keputusan Jemaah Menteri dibuat dengan hemat demi kebaikan dan kesejahteraan semua pihak termasuk penternak, pembekal, peruncit dan pengguna terutamanya golongan B40 dan M40 yang sukar menghadapi peningkatan kadar inflasi yang melanda seluruh dunia.

Samudera.my turut melaporkan bahawa Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, beliau mendapati kebanyakan para pembeli daging ayam berpuas hati dengan penetapan harga siling ayam yang telah dinaikkan daripada RM 8.90 kepada RM 9.40.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: