Harga Siling Ayam & Telur Ayam Sehingga 30 Jun
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 03 Jun 2022 – Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan harga siling ayam dan telur ayam sehingga 30 Jun 2022, kata YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini.
Menerusi kenyataan media Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), penetapan harga siling ayam dan telur ayam sejak 5 Februari lalu sepatutnya berakhir pada 5 Jun, namun dilanjutkan agar rakyat Malaysia bersedia dengan sebarang perubahan harga setelah berakhirnya penetapan harga tersebut.
Harga siling ayam dan telur ayam di Semenanjung Malaysia telah ditetapkan seperti berikut:
Walau bagaimanapun, harga siling ayam dan telur ayam bagi negeri Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan berbeza mengikut zon dan daerah.
Pegawai-pegawai Penguatkuasa KPDNHEP akan terus meningkatkan penguatkuasaan seluruh negara supaya bekalan ayam dan telur ayam negara sentiasa stabil dan tidak berlaku pencatutan di pasaran, ujar Alexander Nanta.
Selain itu, Kementerian Kewangan juga akan mengkaji cadangan pemberian bantuan untuk golongan sasar berpendapatan rendah termasuklah kadar dan mekanisme penyaluran bantuan bagi mengatasi kenaikan harga barang selepas 30 Jun ini.
Mengulas lanjut, para peniaga dinasihatkan supaya mengamalkan etika dalam berniaga dan tidak mencatut untuk tujuan keuntungan tidak munasabah. Kerajaan turut menyeru agar semua pengguna berbelanja secara berhemah dan mengikut keperluan masing-masing.
Sebarang aduan dan maklumat tentang pelanggaran undang-undang yang telah ditetapkan boleh disalurkan kepada KDPNHEP agar pelaksanaan penentuan harga siling ini berkesan.