Tempatan

Harga Siling Ayam Meningkat kepada RM9.40 Bermula Jumaat Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 30 Jun 2022 – Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan kenaikan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia dikuatkuasakan mulai Jumaat ini.

Lapor Berita Harian, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Jemaah Menteri turut mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya melanjutkan subsidi bagi makanan itu.

Mereka bersetuju untuk menetapkan harga siling runcit telur ayam di Semenanjung pada kadar 0.45 sen sebiji bagi gred A, 0.43 sen/biji bagi Gred B, dan 0.41 sen/biji bagi Gred C.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob minggu lalu melalui inisiatif bantuan tunai termasuk bantuan tunai tambahan.

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM369.5 juta untuk pelaksanaan subsidi ini, menjadikan jumlah subsidi negara sebanyak RM1.1 bilion sejak 5 Februari 2022.

Turut dilaporkan bahawa isu kenaikan harga tidak hanya berlaku di Malaysia, malah ia adalah fenomena global susulan gangguan rantaian bekalan akibat daripada konflik geopolitik dan perubahan iklim.

Sebelum ini Kerajaan menetapkan harga siling ayam pada RM8.90 sekilogram sebelum diputuskan untuk diapungkan mulai 1 Julai ini. Walau bagaimanapun, rancangan itu dibatalkan dan harga siling baharu akan diumumkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: