Tempatan

Pembenihan Awan Bergantung Kepada Cuaca Semasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGE TOWN, 28 April 2023 – Operasi pembenihan awan di kawasan tadahan air empangan Teluk Bahang dan Air Itam akan dilakukan bergantung keadaan cuaca semasa serta awan di kawasan berkenaan.

Ketua Menteri negeri itu, Chow Kon Yeow berkata, sekiranya pada tarikh yang ditetapkan itu tiada awan secara semula jadi maka aktiviti pembenihan awan tidak boleh dijalankan.

BACA JUGA: Ketua Menteri Pulau Pinang Nafi Projek Tambak Laut Cemar Alam Sekitar

BACA JUGA: Dua Kanak-Kanak Meninggal Disyaki Akibat Strok Haba

BACA JUGA: Isu Sparkling Wine Ada Sijil Halal, JAKIM Beri Penjelasan

“Kita tidak wujudkan awan menerusi proses pembenihan awan ini, awan di tempat berkenaan perlu wujud secara semulajadi dan kemudian setelah didapati ada awan yang sesuai barulah bahan kimia akan dilepaskan ke dalam awan ini untuk mencetuskan hujan,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Terdahulu, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan kapasiti air di dua empangan utama di negeri itu iaitu empangan Teluk Bahang dan empangan Air Itam menyusut susulan kekurangan hujan di kawasan berkenaan.

Setakat 24 April lalu, kapasiti empangan Air Itam merekodkan paras 44.8 peratus manakala empangan Teluk Bahang pula berada pada paras 48.6 peratus.

Susulan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah menyarankan agar gelombang pertama operasi ini dijalankan dari 29 April 2023 hingga 07 Mei 2023 menyasarkan kawasan tadahan air untuk Empangan Air Hitam dan Empangan Teluk Bahang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: