Tempatan

Harga Siling Ayam Dinaikkan RM 9.40: Pengguna Puas Hati

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Julai 2022 – Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata beliau mendapati kebanyakan para pembeli daging ayam berpuas hati dengan penetapan harga siling ayam yang telah dinaikkan daripada RM 8.90 kepada RM 9.40.

Beliau berkata, “Berdasarkan pertanyaan saya secara spontan tadi pada penjual dan pembeli-pembeli juga, kebanyakannya berpuas hati dengan harga yang telah ditetapkan.”

Pihak KPDNHEP mendapati pihak pengguna berpuas hati dengan penetapan harga yang lebih tinggi daripada harga sebelumnya itu setelah melakukan tinjauan di beberapa pasar harian dan pasar raya di sekitar Kuala Lumpur.

“Sehingga jam 10 pagi, kami tidak menerima sebarang aduan berhubung harga ayam yang terlalu tinggi kepada pengguna.”

“Tiada juga aduan daripada peniaga berhubung pembekal mengenakan caj yang tinggi kepada mereka,” kata Ariffin Samsudin.

Sebelum ini, Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan kenaikan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia dikuatkuasakan mulai 1 Julai baru-baru ini.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob minggu lalu melalui inisiatif bantuan tunai termasuk bantuan tunai tambahan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: