Tempatan

Harga Runcit Diesel Di Semenanjung Dikurangkan 5 Sen Seliter 15-21 Ogos Ini  

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 15 Ogos 2024 – Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.25 seliter bagi tempoh 15 Ogos hingga 21 Ogos 2024 seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia.

Menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Sehubungan itu, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula automatic Pricing Mechanism, harga runcit produk petroleum bagi tempoh 15 hingga 21 Ogos 2024 adalah ditetapkan seperti berikut:

  • Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter;
  • Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter;
  • Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.25 seliter; dan
  • Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: