Antarabangsa

Bandar ‘Berhantu’ Fukushima Bakal Hidup Kembali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 26 Oktober 2022 – Dua perkampungan yang ditutup pada 2011 sehingga menjadi bandar ‘berhantu’ akibat tragedi tsunami dan meleburkan tiga reaktor nuklear di Fukushima, Jepun bakal dihuni semula menjelang April 2023, lapor sebuah agensi media.

Menurut laporan sama, bencana Fukushima itu tercetus disebabkan gempa bumi kuat berukuran 9.0 skala richter menggegarkan kawasan tepi pantai Jepun pada 2011 sehingga mencetuskan gelombang tsunami dan membanjiri sistem penyejukan reaktor nuklear.

Susulan insiden tersebut, tahap radiasi di majoriti wilayah Fukushima menjadi begitu tinggi sehingga kerajaan terpaksa mewujudkan zon pengecualian dan memaksa 150,000 penduduk tempatan untuk meninggalkan rumah mereka.

Oleh itu, antara tahun 2011 hingga 2013, kedua-dua lokasi menjadi bandar hantu tanpa penAghuni kerana tiada siapa dibenarkan tinggal di sana. Namun, pada 2013 hingga 2020, sebahagian kecil kawasan telah dibuka semula pada waktu siang tetapi beberapa kawasan masih ditutup kerana tahap radiasi yang masih tinggi dan mengancam nyawa.

Bagaimanapun, larangan kerajaan untuk mendiami kawasan tersebut masih meliputi sebahagian besar bandar Fukushima dengan hanya satu zon yang dibuka untuk penduduk tempatan baharu pada April tahun depan.

Setakat ini, dilaporkan kira-kira 12 orang telah memohon untuk tinggal di sana tetapi kerajaan bercadang untuk membuka kawasan yang lebih besar untuk dihuni bagi menarik kemasukan penduduk dan perniagaan.

Walaupun Jepun merancang untuk mengisi semula bandar-bandar tinggalan, terdapat risiko kehancuran lain sekiranya gempa bumi berlaku lagi di kawasan berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: