Tempatan

Harga Pengurusan Jenazah Kini Melonjak Naik RM 5,000

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Julai 2022 – Umat Islam di negara ini perlu membelanjakan di antara RM2,000 sehingga RM5,000 sebagai kos untuk penyempurnaan majlis pengebumian ahli keluarga disebabkan oleh tekanan kenaikan harga barang ketika ini, lapor portal Kosmo.

Kos tersebut merangkumi perbelanjaan penggunaan perkhidmatan van jenazah, kelengkapan kapan, batu nisan, serta majlis tahlil arwah.

Tukang pembuat batu nisan, Azhar Abdul Hamid yang berusia 49 tahun mendedahkan pihaknya terpaksa menghadapi kenaikan mendadak barang mentah yang diperlukan sebanyak 2 kali dalam masa terdekat ini – Disember 2021 dan April 2022.

“Kepok dan batu nisan sudah mencecah RM6,000 berban­ding RM3,000 ketika ini kerana kenaikan bahan mentah. Alasan diberi ialah batu granit diimport dari China selain kejatuhan mata wang,” kata beliau.

Wakil pengurusan jenazah, Syafiq Hassan, 45, pula mendedahkan tentang kenaikan mendadak harga barangan kelengkapan jenazah seperti kain kapan putih, kapas dan papan keranda yang kini melanda negara ini.

“Kapas sebelum ini RM5 kini RM7, kain putih daripada RM160 segulung kini RM180, papan keranda dahulu RM65 kini RM85 sekeping,” kata beliau.

Beliau menyuarakan akan kepentingan umat Islam untuk menyertai khairat kematian yang menurutnya, kurang mendapat sambutan daripada mereka yang berusia di bawah 50 tahun.

“Sesetengah ahli khairat kematian hanya perlu membayar RM20 setahun dan perlu dijelaskan setiap bulan atau seumur hidup bergantung kepada kawasan,” kata beliau.

Pada bulan Mei yang lalu, portal Sinar Harian pernah melaporkan kejadian seorang wanita yang terpaksa menggadaikan gelang emasnya bagi melangsaikan kos pengurusan jenazah datuknya yang berjumlah lebih RM5,000.

“Kos sangat tinggi, masa itu dalam kepala ini, saya tak fikir apa dah, nak cari duit kat mana? Saya ingat ada gelang kat tangan masa itu, jadi terpaksa jual gelang dan dapatlah dalam RM3,400.”

“Kos penghantaran jenazah atok RM2,800 menaiki van untuk dihantar ke kampung (jarak 190 kilometer), kos urus jenazah RM1,200, kos pengebumian RM1,300 dan tahlil sebanyak RM300,” kata wanita tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: