Tempatan

100 Juta Set Data Rakyat Bocor: K-KOMM Cadang Pindaan Undang-Undang

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 – Tan Sri Datuk Seri Haji Annuar bin Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, dalam menjawab soalan berikutan kes kebocoran data rakyat semalam telah memaklumkan bahawa sebuah pindaan undang-undang dicadangkan.

“Pihak K-KOMM melalui JPDP juga telah membuat cadangan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) perkara ini adalah di dalam tindakan Jabatan Peguam Negara,” jelas beliau.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) telah membuat cadangan pindaan PDPA yang mewajibkan pengguna data untuk melantik ‘Data Protection Officer’.

Pindaan tersebut juga bakal mewajibkan pengguna data untuk melaporkan sebarang kebocoran data kepada Pesuruhjaya JPDP dalam jangka masa 72 jam; selain mewajibkan ‘Data Processor’ untuk mematuhi prinsip keselamatan di bawah PDPA.

Beliau turut menjelaskan bahawa dalam konteks soalan yang diutarakan oleh Fahmi Fadzil tersebut, isniden kebocoran data yang berunsurkan jenayah akan dirujuk kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tambahnya lagi, dalam urusan transaksi komersial pula, kegagalan mematuhi prinsip-prinsip di bawah PDPA boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM500,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: