Tempatan

Harga Minyak Naik 37 Sen Seliter

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 13 Mei 2022 – Harga minyak petrol bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022 menyaksikan kenaikan harga sebanyak 37 sen seliter, menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 11 Mei 2022.

Menurut siaran media tersebut, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan yang menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism menjadikan harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 37 sen seliter iaitu daripada RM3.94 kepada RM4.31 seliter.

Manakala, harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal pada paras RM2.05 seliter bagi RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel.

Kerajaan memaklumkan bahawa menurut harga pasaran sebenar, harga runcit petrol RON95 dan diesel juga telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, sepertimana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

Namun, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan membuat keputusan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel, jelas Kementerian Kewangan Malaysia dalam kenyataannya.

Justeru, “Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: