Tempatan

Harga Minyak Diumumkan Turun Hingga 31 Ogos

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 Ogos 2022 – Harga minyak petrol diumumkan turun sehingga 31 Ogos ini, menurut makluman dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Twitter rasminya.

Berdasarkan infografik tersebut, harga runcit produk petroleum RON97 iaitu jenis minyak yang boleh digunakan oleh semua kenderaan Malaysia dan asing turun sebanyak 5 sen menjadi RM 4.30 seliter.

Walau bagaimanapun, harga runcit bagi dua lagi produk petroleum iaitu RON95 dan diesel masih kekal seperti sebelum ini dengan harga RM2.05 seliter bagi RON95 dan diesel kekal RM2.15 seliter.

RON95 dan diesel merupakan antara produk petroleum yang diberikan subsidi oleh Kerajaan.

Di Indonesia, harga produk petroleum bersubsidi iaitu minyak petrol dan diesel dijangkakan akan naik sehingga diramalkan akan mengakibatkan jumlah penduduk miskin di Indonesia meningkat.

Ekonomi Indonesia berpotensi lembap sekiranya harga bahan api bersubsidi meningkat kerana penggunaan awam akan menurun pada masa hadapan yang mana ianya masih merupakan penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi domestik, jelas Ketua Pakar Ekonomi Bank Permata, Josua Pardede.

“Impak secara tidak langsung ialah harga makanan menjadi lebih mahal. Beras, minyak, gula, menjadi lebih mahal kerana kenaikan harga minyak,” ujar Pengarah Eksekutif Pusat Pembaharuan Ekonomi (CORE), Mohammad Faisal yang juga memaklumkan bahawa kenaikan harga makanan akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan masyarakat kelas menengah bawah,” kata Pengarah Eksekutif Pusat Pembaharuan Ekonomi (CORE), Mohammad Faisal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: