Antarabangsa

COVID-19: Jepun Batalkan Ujian Pra-Ketibaan Untuk Pengembara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TOKYO, 24 Ogos 2022 – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengumumkan, negara itu tidak lama lagi akan berhenti mewajibkan ujian COVID-19 sebelum ketibaan dan meningkatkan had jumlah ketibaan harian untuk pengembara.

Menurut Kishida, ujian pra-ketibaan itu akan dimansuhkan pada 7 September depan hanya untuk pengembara yang telah mendapat vaksin lengkap termasuk dos penggalak.

Katanya, keputusan itu diambil bukan hanya untuk meringankan beban petugas kesihatan, tetapi juga untuk menggalakkan lebih ramai pelancong melawat Jepun dan merancakkan lagi ekonomi negara itu.

Sebelum ini, Jepun mewajibkan semua pengembara untuk menunjukkan hasil ujian negatif COVID-19, 72 jam sebelum berlepas.

Tidak seperti sesetengah negara yang membenarkan orang ramai masuk dengan ujian antigen negatif, Jepun hanya menerima jenis ujian tertentu termasuk kaedah PCR yang mahal.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: